Aribina
Properties Sdn Bhd (APSB) ditubuhkan pada tahun 2020 dengan diterajui oleh Tuan
Abd Razak Ismail selaku Pengarah Eksekutif dan Puan Hajjah Rehana Haji Ahmad,
selaku Pengarah Urusan.
APSB
merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah yang beroperasi sepenuhnya di Johor
Bahru, Johor dan menjalankan aktiviti jual beli hartanah. Peranan utama APSB
adalah membeli tanah-tanah ekar yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan
penempatan dan seterusnya memecahkan tanah-tanah ini kepada lot-lot kecil
dengan keluasan tertentu dan dijual semula kepada pembeli yang ingin membeli
tanah lot untuk membina rumah atau sebagai aset pelaburan jangka masa panjang.
APSB
memfokuskan kepada jualan tanah lot di seluruh negeri Johor dan matlamat kami
adalah untuk membantu golongan muda dan Bumiputera untuk memiliki hartanah dan
lot kediaman sendiri berikutan harga hartanah dan rumah siap diduduki semakin
melambung tinggi.
APSB
menjalankan aktiviti jual beli tanah lot secara telus di mana pembeli akan
berurusan secara langsung dengan peguam dan semua dokumentasi antara pihak
syarikat dengan pembeli dikawal dan tertakluk dalam undang-undang. APSB juga
bertanggungjawab berurusan dengan pihak-pihak dan jabatan-jabatan tertentu
dalam proses jual beli dan pindah milik tanah lot. Dengan adanya
APSB, kami berharap dapat membantu merealisasikan impian mereka yang ingin
memiliki kediaman impian di atas tanah lot mereka sendiri.