Tanah Lot adalah tanah yang telah dipecahkan atau dibahagikan daripada tanah ekar yang besar kepada plot-plot yang lebih kecil. Plot-plot ini dijual semula kepada pembeli sebagai tanah lot bagi tujuan membina kediaman.
Bayaran deposit untuk tempahan satu lot tanah adalah RM1,500 sahaja. Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada ejen kami atau melalui pindahan wang (online transfer) ke akaun syarikat. Resit bayaran deposit akan dikeluarkan kepada pembeli.
Terdapat dua jenis geran tanah lot:
1.GERAN KELOMPOK.
Dikenali juga sebagai Geran Kongsi. Hanya satu penama sahaja
dibenarkan untuk dimasukkan dalam geran.
Pembeli akan berkongsi geran bersama pembeli-pembeli lot kelompok lain dan salinan
geran akan diberikan kepada pembeli.
Geran asal akan dipegang oleh Aribina Assets & Management selaku Pengurus
Lot Kelompok. Jika nama pembeli memenuhi ruang penama di dalam geran, satu dokumen
DEED OF ASSIGNMENT (DOA) akan dikepilkan yang melampirkan nama-nama pembeli dan
DOA ini sah diguna pakai di sisi undang-undang. Pembeli juga boleh membuat
pindah milik dengan berhubung dengan pihak Aribina Assets Management bagi
urusan pertukaran nama dan hak milik.
1. GERAN INDIVIDU.
Geran individu atau persendirian adalah geran yang dimiliki
dan dipegang sepenuhnya oleh pembeli. Pembeli boleh memasukkan dua penama di
dalam geran ini. Geran individu biasanya lebih mahal dan keluasan tanah adalah
lebih luas berbanding geran kelompok. Setelah urusan pindah milik daripada
pihak APSB kepada pembeli selesai, pembeli bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
geran individu masing-masing.